Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan. Sebelum ini program matrikulasi telah dikendalikan oleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza. Hasil dari program ini telah melahirkan banyak cendekiawan dan tenaga mahir bumiputera dalam bidang profesional.
BMKPM telah mengambil kumpulan pertama (perintis) bagi pelajar matrikulasi daripada kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada awal tahun 1999. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Bangi, Selangor.
IPTA terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program matrikulasi, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan. Oleh itu pengambilalihan Program Matrikulasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berupaya mengawal kualiti dan memenuhi keperluan kuantiti pelajar bumiputera untuk menyediakan pelajar yang lebih berdaya saing dan beriltizam untuk mengikutii program ijazah pertama di IPTA.