Thursday, December 16, 2010

Nasihat dan Saranan

KES 1 : Pemohon menerima tawaran Matrikulasi tetapi tidak menerima tawaran UPU

  • Pemohon seelok-eloknya menerima tawaran Matrikulasi tersebut
  • Jika pemohon yang memohon Matrikulasi, tetapi tidak mendapatnya, bolehlah membuat rayuan

KES 2 : Pemohon menerima tawaran Matrikulasi dan tawaran UPU
  • Pemohon seelok-eloknya menerima tawaran UPU
  • Dalam sesetengah kes, pemohon yang ingin mendalami ilmu sebelum melangkah ke universiti, maka menerima tawaran Matrikulasi adalah jalan yang dipilih

Latar Belakang Matrikulasi

Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan. Sebelum ini program matrikulasi telah dikendalikan oleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza. Hasil dari program ini telah melahirkan banyak cendekiawan dan tenaga mahir bumiputera dalam bidang profesional.

BMKPM telah mengambil kumpulan pertama (perintis) bagi pelajar matrikulasi daripada kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada awal tahun 1999. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Bangi, Selangor.
Kolej Matrikulasi Melaka dan Kolej Matrikulasi Labuan telah membuat pengambilan pertama pada bulan Julai 1999. Tiga buah kolej yang lain telah mulai beroperasi pada tahun 2000 iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Pada sesi 2002/2003, Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Johor telah membuat pengambilan yang pertama. Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej Matrikulasi Pahang pula mula beroperasi pada sesi 2003/2004. Tiga buah kolej teknikal iaitu Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Kolej Matrikulasi Johor dan Kolej Matrikulasi Kedah telah beroperasi mulai tahun  2009.  Sebuah kolej di Banting, Selangor iaitu Kolej Matrikulasi Selangor akan beroperasi mulai tahun 2010.  Dua kolej MARA iaitu Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang turut mengendalikan program ini sehingga hari ini.
IPTA terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program matrikulasi, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan. Oleh itu pengambilalihan Program Matrikulasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berupaya mengawal kualiti dan memenuhi keperluan kuantiti pelajar bumiputera untuk menyediakan pelajar yang lebih berdaya saing dan beriltizam untuk mengikutii program ijazah pertama di IPTA.

Struktur Program Matrikulasi

Pelajar yang berjaya memasuki Program Matrikulasi akan mengambil mata pelajaran mengikut jurusan dan aliran yang telah ditetapkan seperti berikut:-
 
ALIRAN
MATA PELAJARAN TERAS
DAN
MATA PELAJARAN WAJIB
KO-KURIKULUM
FIZIKAL
MATEMATIK
BAHASA INGGERIS
SUKAN DAN PERMAINAN
KIMIA
FIZIK
BIOLOGI
MATEMATIK
KIMIA
ATAU
BIOLOGI
TEKNOLOGI MAKLUMAT
(TEKNIKAL) AWAM
MATEMATIK
FIZIK DAN KIMIA KEJURUTERAAN
ASAS KEJURUTERAAN
KELAB DAN PERSATUAN
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM
(TEKNIKAL) MEKANIKAL
MATEMATIK
PENDIDIKAN ISLAM / MORAL
FIZIK DAN KIMIA KEJURUTERAAN
ASAS KEJURUTERAAN
ATAU
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
(TEKNIKAL) ELEKTRONIK DAN ELEKTRIK
MATEMATIK
FIZIK DAN KIMIA KEJURUTERAAN
KEMAHIRAN DINAMIKA
ASAS KEJURUTERAAN
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN ELEKTRIK
UNIT BERUNIFORM
PERAKAUNAN
MATEMATIK
PENGURUSAN PERNIAGAAN
PERAKAUNAN
EKONOMI

Program Ditawarkan

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) - dua (2) semester. Jurusan Sains dan Perakauanan bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) -  empat (4) semester . Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.
PELAJARAN
Program 1 Tahun
Program 2 Tahun
SAINS
PERAKAUNAN
MODUL I
MODUL II
HAYAT
FIZIKAL
TEKNIKAL
Matematik
/
/
/
/
/
/
Kimia
/
/
-
-
/
/
Fizik
-
/
-
-
/
/
Biologi
/
-
-
-
/
-
Fizik dan Kimia Kejuruteraan
-
-
/
-
-
-
Asas Kejuruteraan
-
-
/
-
-
-
Pengajian Kejuruteraan Awam
-
-
/
-
-
-
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
-
-
/
-
-
-
Pengajian Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik
-
-
/
-
-
-
Perakaunan
-
-
-
/
-
-
Ekonomi
-
-
-
/
-
-
Pengurusan Perniagaan
-
-
-
/
-
-
Bahasa Inggeris
/
/
/
/
/
/
Teknologi Maklumat
/
/
/
/
-
-
Sains Komputer
-
-
-
-
-
/
Pendidikan Islam / Moral
/
/
/
/
/
/
Kemahiran Dinamika
/
/
/
/
/
/
Ko-Kurikulum
/
/
/
/
/
/

Senarai Matrikulasi

  1. Kolej Matrikulasi Pahang
  2. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  4. Kolej Matrikulasi Perlis
  5. Kolej Matrikulasi Melaka
  6. Kolej Matrikulasi Kedah
  7. Kolej Matrikulasi Perak
  8. Kolej Matrikulasi Selangor
  9. Kolej Matrikulasi Johor
  10. Kolej Matrikulasi Labuan
  11. Kolej MARA Kuala Nerang
  12. Kolej MARA Kulim
  13. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
  14. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
  15. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

Maklumat Am Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran  Malaysia
Aras 6 dan 7, Blok E15
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
No. Tel   : 03-8884 4083
No. Faks   : 03-8884 4028
                  : 03-8888 6864


 Kelebihan Matrikulasi :
  • Laluan pantas
  • Jumlah mata pelajaran yang kurang
  • Sistem penilaian universiti
  • Cara belajar universiti
  • Berfokus
  • Lebih kurang 97% pelajar matrikulasi berjaya ke IPTA/IPTS
  • Tanggungan KPM
  • Kemudahan yang mencukupi
  • Kos murah
  • Wang saku sebanyak RM 2500.00